Sungguh mengejutkan laporan dari Harian Metro pada Mei 2020 yang lalu apabila kira-kira 1 juta pemilik geran tanah telah pun meninggal dunia dan pemilikan harta masih belum diselesaikan oleh waris.
Di Malaysia, kesedaran mengurus harta masih lagi peringkat yang rendah dan membimbangkan. Terlalu banyak harta yang tidak dihibahkan dan ini merupakan faktor utama berlakunya perpecahan di antara ahli keluarga khususnya waris.
Jumlah itu dilihat semakin meningkat setiap tahun sehingga mencecah lebih RM70 bilion yang jumlah berkenaan mampu membangunkan ekonomi umat Islam jika diuruskan dengan betul oleh waris.
“Lebih daripada RM70 bilion jumlah harta pusaka tergantung yang sepatutnya boleh digunakan waris untuk membangunkan ekonomi mereka.”
Kita semua sedar bahawa kematian merupakan satu perkara yang pasti dan menguruskan harta adalah sebahagian dari fardhu kifayah kerana termasuk dalam bab faraid.
Saban tahun, kita akan disajikan di dada akhbar, sosial media dan corong radio akan perebutan harta di antara ahli keluarga.
Kes-kes seperti ini tidak menampakkan sebarang petanda untuk surut selagi orang awam tidak celik akan kepentingan menguruskan harta mereka sewaktu hidup untuk waris suatu hari nanti.
“Tahukah anda, sekiranya rumah yang anda miliki hari ini tidak dirancang dengan baik boleh menyebabkan keluarga dan anak-anak anda hidup merempat.”
Dan,..sekiranya kita gagal merancang harta pusaka kita semasa hidup, ketahuilah sengsara yang anda tinggalkan untuk ahli waris anda,” katanya.
Cuba..bayangkan, hak dan kebajikan masyarakat terpelihara dengan aman dan harmoni apabila seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam menjalankan tanggungjawab mereka dalam pengurusan harta.
Silap haribulan, bangsa Melayu boleh menjadi kaya raya dan peneraju ekonomi di Malaysia kerana mempunyai aset yang banyak dari orang – orang terdahulu yang bijak menguruskan harta mereka.
Untuk membina ummat Islam yang kaya dan boleh menyumbang, tidak ada pilihan lain selain orang Islam itu sendiri memilih untuk menjadi orang Islam yang kaya.
Pada :
11 July 2021
Ahad
9.00 Pagi-12.30 Tgh Hari
Zoom Meeting
Topik ini bakal mengundang lebih banyak persoalan dari jawapan...
Apa yang akan dikongsi?
1) Ramai kata nak kaya tetapi adakah mereka bersedia?
2) Kaedah membina kekayaan
3) Kenapa perlu generasi kaya
4) Kaya adalah sebuah pilihan
5) Apa persediaan mewariskan kepada generasi seterusnya
Jom Sertai secara PERCUMA
(Aksess adalah TERHAD daftar sekarang yer)
Get It Now